JAKARTA – Ketidaksamaan kekayaan di Indonesia semakin melebar apabila 50 individu terkaya di negara itu didapati memiliki kekayaan setara dengan 55 juta penduduk, atau kira-kira 20 peratus populasi, menurut laporan terbaharu sebuah badan pemikir.
Laporan oleh Celios itu menggambarkan jurang ekonomi yang ketara di negara berpenduduk lebih 280 juta orang, apabila sebahagian kecil elit perniagaan menguasai sebahagian besar kekayaan negara.