Sindiket seleweng minyak sawit mentah tumpas, rampasan cecah RM1.38 juta
Iklan
Tangki IBC dan peralatan pemindahan minyak sawit dirampas dalam serbuan di Batu Pahat pada Rabu. - Foto: PSP Bukit Aman
BATU PAHAT - Polis membongkar kegiatan transaksi minyak sawit mentah secara haram di sebuah kilang di Kampung Parit Awang, Yong Peng di sini pada Rabu.
Serbuan Op Taring Palma dijalankan Cawangan Risik Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Bukit Aman dengan kerjasama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Johor kira-kira jam 12 tengah hari.
Iklan
Iklan
Komander PSP Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Rosli Md Yusof berkata, kegiatan itu membabitkan pemindahan minyak sawit mentah daripada lori tangki ke dalam tangki Intermediate Bulk Container (IBC).
Menurutnya, empat lelaki tempatan berusia antara 23 hingga 43 tahun berperanan sebagai penjaga stor dan pemandu lori telah ditahan.
Iklan
"Dua lori bersama tanker, sebuah mesin pam serta 23 buah tangki IBC yang mengandungi minyak sawit mentah dengan anggaran berat keseluruhan melebihi 70 tan (70,000 kilogram) dirampas.
"Nilai rampasan minyak sawit mentah dianggarkan RM457,500, manakala jumlah keseluruhan termasuk kenderaan dan peralatan dianggarkan mencecah RM1.38 juta," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Iklan
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 78 Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582) serta Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Perlesenan) 2005.
Jelasnya, operasi bersepadu seperti itu membuktikan keberkesanan pendekatan kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan dalam menangani aktiviti penyelewengan industri sawit.
Kata Rosli, tindakan secara bersepadu yang dilaksanakan bukan sahaja meningkatkan keberkesanan operasi, malah membolehkan siasatan dijalankan dengan lebih menyeluruh melalui pelbagai sudut perundangan.
“Usaha membanteras aktiviti haram seperti ini akan terus diperkasakan secara berterusan dan dilaksanakan secara berkala bersama agensi berkaitan bagi memastikan industri sawit negara sentiasa terpelihara,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>