10 warga asing dikesan langgar syarat, tiada dokumen sah

Iklan
Individu yang ditahan dihantar ke Depot Imigresen Belantik untuk tinjauan lanjut. Foto: JIM

ALOR SETAR - Seramai 10 warga asing termasuk tiga perempuan ditahan kerana disyaki melanggar syarat pas dan tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah dalam kenyataan berkata, kesemua mereka dipercayai bekerja di pelbagai premis dan tinggal di negara ini secara haram.

Iklan
Iklan

"Pemeriksaan melibatkan 30 individu pelbagai warganegara dan hasilnya membawa kepada penahanan 10 orang warga asing terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga perempuan berumur antara 18 hingga 49 tahun.

"Kesemua mereka dipercayai berasal dari Myanmar, India, Bangladesh, Thailand dan Indonesia," katanya.

Iklan

Menurutnya, enam premis diperiksa termasuk kedai cuci kereta, gunting rambut, jual basikal dan hotel bajet.

Mereka yang ditahan gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah dan melanggar syarat pas. Foto: JIM

"Kesalahan yang dikenal pasti melibatkan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas," katanya.

Iklan

Individu yang ditahan dihantar ke Depot Imigresen Belantik untuk tindakan lanjut.