Skandal cinta pejabat kantoi dalam bilik
Iklan
Seorang lelaki berstatus suami orang bersama ibu tunggal ditahan oleh penguat kuasa agama selepas disyaki berkhalwat di sebuah pangsapuri di Johor Bahru. Gambar hiasan
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki berstatus suami orang bersama ibu tunggal ditahan oleh penguat kuasa agama selepas disyaki berkhalwat di sebuah pangsapuri di Johor Bahru dalam satu operasi baru-baru ini.
Serbuan kira-kira jam 3 pagi itu dilakukan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas menerima maklumat awam serta hasil risikan yang dijalankan beberapa hari sebelum tindakan diambil di lokasi berkenaan.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan, sebaik tiba di lokasi, pemeriksaan dilakukan selepas pintu rumah dibuka oleh seorang remaja lelaki yang berada di kediaman tersebut.
“Pihak penguat kuasa memperkenalkan diri dan meminta kerjasama penghuni sebelum pemeriksaan lanjut dijalankan di dalam rumah berkenaan,” menurut kenyataan itu.
Iklan
Hasil pemeriksaan mendapati, seorang lelaki dewasa berada di dalam bilik bersama seorang wanita tanpa hubungan mahram atau suami isteri.
Kedua-duanya kemudiannya diminta memberi penjelasan berhubung kehadiran mereka di rumah tersebut.
Iklan
“Lelaki dan wanita berkenaan didapati berada berdua-duaan dalam bilik dalam keadaan yang menimbulkan syak dan siasatan awal mendapati mereka bukan pasangan suami isteri,” jelas kenyataan berkenaan.
Difahamkan, lelaki terbabit berusia lingkungan 30-an, telah berkahwin dan mempunyai anak, manakala wanita berkenaan merupakan seorang ibu tunggal serta dipercayai rakan di tempat kerja yang sama.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri kerana disyaki melakukan kesalahan khalwat,” tambah kenyataan itu lagi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Presiden NGO tak mengaku salah, dakwa dewan RM2 juta siap 100 peratus"><meta itemprop="description" content="Presiden NGO tak mengaku salah, dakwa dewan RM2 juta siap 100 peratus
Seorang presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Kota Kinabalu pada Rabu atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dengan memperoleh peruntukan pembinaan sebuah dewan berjumlah RM2 juta.
Makinsos Nawai, 67, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Andi Razalijaya A Dadi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789022/berita/semasa/presiden-ngo-tak-mengaku-salah-dakwa-dewan-rm2-juta-siap-100-peratus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #salahgunakuasa"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-23T03:23:56.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P84S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xardq42"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xardq42"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xardq42"></script>