Nazir Hussin, abang terima notis pengisytiharan harta

Iklan
Nazir hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk menerima notis berkenaan, manakala abangnya menerima notis tersebut di kediamannya. Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan notis di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 kepada bekas Pengerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR), Datuk Seri Nazir Hussin dan abangnya, Datuk Mubarak Hussain Akhtar Husin bagi tujuan pengisytiharan harta pada 20 Oktober lalu.

Nazir hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk menerima notis berkenaan, manakala abangnya menerima notis tersebut di kediamannya.

Iklan
Iklan

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata, kedua-dua individu terbabit akur menerima notis berkenaan.

Sebelum ini, Nazir dan abangnya direman lima hari sehingga 6 Oktober lalu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan serta penyalahgunaan kedudukan dalam urusan pelaburan bernilai kira-kira RM10 juta.

Iklan

SPRM kemudian membebaskan Mubarak dengan jaminan setelah tempoh remannya tamat, manakala reman terhadap Nazir disambung selama dua hari sehingga 7 Oktober.

Susulan penahanan dua tokoh tersebut, SPRM menyita 15 unit kereta mewah bernilai kira-kira RM31 juta, 12 unit motosikal berkuasa tinggi bernilai kira-kira RM5 juta, lima unit jam tangan mewah, tiga unit gelang tangan dan wang tunai berjumlah kira-kira RM30,000.

Iklan