GEORGE TOWN - Lelaki kurang siuman yang berjalan dalam keadaan bogel di kawasan Lebuh Bukit Jambul di sini pada Khamis lepas, kini dirawat di Wad Psikiatri Hospital Pulau Pinang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake dalam kenyataan pada Isnin berkata, lelaki tempatan berusia 44 tahun itu berasal dari Batu Kurau, Perak dan usaha mengesan waris sedang dijalankan.