ISTANBUL - Sebuah kapal kontena yang dikendalikan syarikat perkapalan Perancis, CMA CGM, terkena"tembakan amaran” ketika melalui Selat Hormuz pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi pada Ahad.
Syarikat itu mengesahkan semua kru selamat dan tiada kecederaan dilaporkan walaupun kapal itu mengalami kerosakan.
Iklan
Iklan
Kapal berkenaan dikenal pasti sebagai CMA CGM Everglade, sebuah kapal berbendera Perancis.
Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO), yang dipetik agensi berita Agence France-Presse (AFP) melaporkan kapal itu mengalami kerosakan di utara Kumzar, Oman, namun tahap kerosakan tidak diperincikan dan tiada pencemaran dilaporkan.
Kapal berkenaan masih boleh beroperasi, dengan kerosakan hanya melibatkan beberapa kontena, menurut kenyataan syarikat.
Beberapa kapal termasuk Everglade, dilaporkan ditembak oleh tentera Iran selepas Tehran menarik balik keputusan untuk membuka semula Selat Hormuz.
Menurut pegawai Iran, laluan perairan itu ditutup semula sebagai tindakan balas terhadap sekatan berterusan Amerika Syarikat (AS) ke atas pelabuhan negara itu. - Bernama/Anadolu