Dua lelaki terima upah RM70 dicekup bersama 13 ekor lembu stok korban
Iklan
Dua lelaki yang didakwa menerima upah RM70 dicekup bersama 13 ekor lembu dipercayai diseludup dari Thailand dalam serbuan di Pasir Mas pada Ahad. - FOTO: PGA
PASIR MAS - Dua lelaki yang didakwa menerima upah RM70 untuk menghantar lembu menerima padah selepas dicekup bersama 13 ekor haiwan terbabit dipercayai diseludup dari Thailand dalam serbuan di Kampung Manan, Bunut Susu di sini pada Ahad.
Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, kedua-dua suspek berusia 22 dan 25 tahun itu ditahan kira-kira jam 9.30 malam menerusi Op Taring Wawasan.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, anggota Strike Force Kompeni C Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu yang menjalankan rondaan menahan sebuah lori jenis Isuzu dalam keadaan mencurigakan.
"Hasil pemeriksaan di bahagian belakang lori mendapati terdapat 13 ekor lembu.
Iklan
"Pemandu bagaimanapun gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan pemilikan atau kebenaran membawa haiwan berkenaan," katanya kepada pemberita pada Isnin.
Lori yang digunakan untuk mengangkut kesemua lembu berkenaan.
Iklan
Menurut beliau, siasatan awal mendapati semua lembu itu dipercayai dibawa masuk dari Thailand melalui laluan tidak diwartakan.
Ujarnya, kedua-dua lelaki terbabit memaklumkan mereka mengambil lembu tersebut di Kampung Palas Merah, Telaga Bata sebelum dihantar ke kandang di Binjai, Kota Bharu.
Tambah beliau, mereka mendakwa menerima upah RM70 bagi tugasan penghantaran tersebut.
Katanya, lembu-lembu berkenaan dipercayai untuk dijadikan stok korban dan dianggarkan bernilai RM39,000, manakala lori yang digunakan pula bernilai RM100,000 menjadikan keseluruhan rampasan berjumlah RM139,000.
"Kedua-dua suspek ditahan manakala kes dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan untuk tindakan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>