Ribut petir, hujan lebat di Kuala Lumpur dan 10 negeri

Iklan
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda ibu negara serta 10 negeri pada Ahad. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda ibu negara serta 10 negeri hingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah melibatkan Baling, Kulim dan Bandar Baharu, Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Iklan
Iklan

Cuaca sama dijangka melanda Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat), Pahang (Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin), Terengganu (Dungun dan Kemaman) dan Kuala Lumpur.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan (Jelebu, Jempol dan Tampin), Melaka (Jasin) serta Johor.

Iklan
Iklan

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Sarikei, Julau dan Meradong), Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) dan Kapit (Song). - Bernama