Dua rumah teres musnah dalam kebakaran

Iklan
Anggota bomba memadamkan kebakaran dua rumah di Pandamaran pada Sabtu. Foto ihsan JBPM Selangor

KLANG – Dua rumah teres setingkat di kawasan Pandamaran di sini musnah hampir keseluruhannya dalam kebakaran, malam Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 10.19 malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai 16 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, dengan bantuan BBP Klang Utara, bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira dua kilometer dari balai.

“Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira tiga minit kemudian dan mendapati kebakaran melibatkan dua rumah kelas B," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.39 malam sebelum api dipadamkan sepenuhnya.

Ahmad Mukhlis berkata, kedua-dua rumah tersebut terbakar hampir 90 peratus.

Iklan

Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.39 malam sebelum api dipadamkan sepenuhnya.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.