Abang pempengaruh dakwa Azar Azmi berhutang RM15,000
Iklan
Abiejam mendakwa Azar masih belum melunaskan hutangnya berjumlah RM15,000 sejak enam tahun lalu.
SHAH ALAM - Abang kepada pempengaruh, Siti Jamumall iaitu Abiejam mendakwa pelakon Azar Azmi masih belum melunaskan hutangnya berjumlah RM15,000 sejak enam tahun lalu.
Menurut Abiejam atau nama sebenarnya Mohd Khairul Nizam Wahiddin, wang berkenaan diberikan bagi membantu Azar yang ketika itu dalam kesusahan, termasuk menyediakan barangan dan sokongan siaran langsung di media sosial.
Iklan
Iklan
Dia bagaimanapun kesal apabila usahanya menuntut hutang gagal kerana mendakwa pelakon tersebut tidak dapat dihubungi dan melarikan diri daripadanya selepas menerima bantuan tersebut.
“Dulu saya pernah bantu Azar waktu dia susah jadi kami berikan barang untuk memulakan perniagaan tapi bila sudah dapat duit dan barang tersebut hilang macam tu saja.
Iklan
“Memang lama saya diam, tapi sampai sekarang tiada sebarang respon dan ini bukan nak tumpang populariti, tetapi soal hutang.
"Apabila saya cuba hubungi banyak kali tapi tidak berjawab, mesej pun tak dibalas,” katanya.
Iklan
Abiejam turut menegaskan, dia mempunyai bukti dan bersedia berdepan tindakan undang-undang sekiranya pendedahannya itu tidak benar.
Katanya, namun dia masih terbuka untuk menyelesaikan perkara tersebut secara baik.
"Kita perlu berjumpa dan berbincang, kita tengok pada situasi macam mana. Sebenarnya, banyak cara kita boleh (penyelesaian), yang penting jangan larikan diri lah," katanya.
Terdahulu Azar Azmi menerima bantuan wang tunai RM40,000 daripada usahawan Datuk Aliff Syukri dalam satu siaran langsung di aplikasi TikTok.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Abiejam mendedahkan telah membuat tiga laporan polis terhadap bekas pekerjanya, termasuk penasihat undang-undang, penasihat kewangan dan bekas pengurus.
Ujarnya, laporan tersebut berkaitan pecah amanah yang mengakibatkan kerugian hampir RM2 juta kepada syarikat Jamumall serta kehilangan barang kemas miliknya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>