Speaker belum terima surat letak jawatan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang

Iklan
Johari

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul belum menerima surat pemakluman peletakan jawatan Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang.

Perkara itu disahkan Johari ketika dihubungi Bernama pada Rabu. 

Iklan
Iklan

"Belum (terima surat)”, katanya ringkas.

Ahad lepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan Hamzah bukan lagi penyandang jawatan Ketua Pembangkang.

Iklan

Ahmad Samsuri berkata susulan peletakan jawatan itu, beliau telah mengarahkan Setiausaha Agung PN Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk menghantar surat rasmi bagi memaklumkan kekosongan jawatan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat. - Bernama 

 

Iklan