Padah ganggu isteri orang, lelaki ditikam hingga maut

Iklan
Gara-gara 'mengganggu' isteri orang, seorang lelaki berdepan padah setelah dia ditemui tidak bernyawa di celah semak samun. Foto hiasan

SENGKANG - Gara-gara 'mengganggu' isteri orang, seorang lelaki berdepan padah setelah dia ditemui tidak bernyawa di celah semak samun.

Penemuan mayat mangsa dikenali sebagai IR, 33, dibuat penduduk setempat di Kecamatan Belawa, Kabupaten Wajo, Sulawesi Selatan di Indonesia pada akhir minggu lalu.

Iklan
Iklan

Menurut polis, terdapat kesan beberapa tikaman pada tubuhnya.

Siasatan awal pihak berkuasa berhasil menjejaki pelakunya, Rahmat Latte, 32, warga Desa Limpurilau, Kecamatan Belawa.

Iklan

Kasat Reskrim Polres Wajo, Iptu Fahrul berkata, suspek ditahan bersama sebilah badik yang digunakan untuk membunuh mangsa.

"IR diserang di tengah jalan. Pelaku sempat bertanyakan hubungan mangsa dengan isterinya sebelum menusuk perut IR beberapa kali hingga maut di tempat kejadian," ujarnya.

Iklan

Difahamkan, siasatan lanjut masih dijalankan ke atas suspek di Mapolres Wajo. - Agensi