SEOUL - Korea Selatan memutuskan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan bernilai AS$500,000 kepada Iran yang dilanda konflik, atas permintaan organisasi antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut Kementerian Luar negara itu pada Selasa, lapor Agensi Berita Yonhap.
Bantuan kemanusiaan itu dirancang untuk disalurkan melalui Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), menurut kementerian itu sambil menyatakan harapan agar sokongan berkenaan dapat membantu meringankan situasi kemanusiaan.