KPDN pantau bekalan dan harga barang di KL
Iklan
KPDN sentiasa memantau serta menyelia harga barang bagi memastikan kestabilan pasaran susulan konflik di Asia Barat. Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Seramai 168 pegawai penguat kuasa serta pemantau harga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KPDN WPKL) digerakkan bagi memastikan bekalan barangan keperluan asas di ibu negara mencukupi, sekali gus mengelakkan pembelian panik susulan konflik di Asia Barat.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN WPKL, Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, pihaknya sentiasa memantau serta menyelia harga barang bagi memastikan kestabilan pasaran sepanjang tempoh berkenaan.
Iklan
Iklan
“Pemantauan bekalan dilaksanakan secara menyeluruh di 11 kawasan Parlimen di Kuala Lumpur bagi menjamin kelangsungan rantaian bekalan kepada pengguna,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, KPDN turut melantik serta memantau Peruncit Terpilih Daerah (DDR) dan Pemborong Terpilih Daerah (DDW) bagi memastikan bekalan barangan keperluan asas sentiasa tersedia dan mencukupi di pasaran.
Iklan
“KPDN WPKL turut mengadakan sesi libat urus bersama syarikat pengeluar minyak bagi memastikan bekalan petrol dan diesel mencukupi di semua stesen minyak termasuk di lebuh raya dan pusat bandar.
“Pemantauan terhadap barangan kawalan melalui Ops Tiris 4.0 bersepadu juga akan terus diperkukuhkan bagi mengelakkan sebarang aktiviti penyelewengan,” katanya.
Iklan
Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai atau menyebarkan berita tidak sahih yang boleh mencetuskan kebimbangan awam.
“Orang ramai yang mengesan sebarang masalah berkaitan bekalan barangan keperluan di kawasan masing-masing diminta melaporkan kepada KPDN WPKL untuk tindakan segera,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Zakat Selangor sasar kutipan zakat RM1 juta warga ATM menjelang 2028"><meta itemprop="description" content="Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menyasarkan kutipan zakat melalui potongan gaji warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Selangor mencecah RM1 juta menjelang 2028.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sasaran itu disokong peningkatan 64.8 peratus jumlah pembayar zakat dalam kalangan warga ATM kepada 613 orang setakat Julai tahun ini, berbanding 372 orang pada tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795359/edisi/selangor-kl/zakat-selangor-sasar-kutipan-zakat-rm1-juta-warga-atm-menjelang-2028
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZakatSelangor #ATM #AndaHeroAsnafATM"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T09:56:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P201S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5v0jq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5v0jq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5v0jq"></script>