KPM peruntuk RM100,000 baik pulih SMU(A) Darul Ulum Al-Muhammadiah
Iklan
Fadhlina Sidek
SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan (KPM) bersetuju untuk menyalurkan peruntukan segera berjumlah RM100,000 bagi kerja-kerja pembersihan dan pembaikan asas susulan insiden kebakaran di Sekolah Menengah Ugama (SMU) Arab (A) Darul Ulum Al-Muhammadiah di Kampung Kolam, Pak Badol, Kelantan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, bantuan yang diperuntukkan termasuk untuk pendawaian elektrik dan penyambungan bekalan air di sekolah bagi membolehkan sekolah beroperasi semula.
Iklan
Iklan
“Beberapa langkah segera telah diambil bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid, guru serta seluruh warga sekolah terpelihara. Premis sekolah juga telah dikosongkan bagi membolehkan penilaian keselamatan dijalankan.
“Guru dan murid melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sepanjang minggu ini,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.
Iklan
Pada Ahad, media melaporkan bahawa tiga buah blok bangunan iaitu blok akademik, bilik penyelia dan asrama pelajar lelaki di sekolah tersebut musnah dalam kebakaran.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.
Iklan
Ekoran kejadian berkenaan, Fadhlina berkata, pasukan kaunselor dari JPN Kelantan digerakkan bagi mengadakan program sokongan psikososial di sekolah itu.
“Program ini dilaksanakan kepada semua murid, guru dan warga sekolah yang terjejas,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>