Kerajaan Persekutuan peruntuk RM60 juta untuk program basmi kemiskinan di Terengganu

Iklan
Anwar berucap pada Majlis Ramah Mesra MADANI Pelajar Tahfiz Negeri Terengganu di Sekolah Menengah Imtiyaz Yayasan Terengganu, pada Isnin. Foto Bernama

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan berjumlah RM60 juta khusus bagi program pembasmian kemiskinan di Terengganu pada tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program itu meliputi usaha peningkatan pendapatan rakyat dan pembaikan perumahan di negeri berkenaan.

Iklan
Iklan

"Pelaksanaan program ini akan diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM),” katanya ketika berucap pada majlis Ramah Mesra MADANI Pelajar Tahfiz Terengganu di Sekolah Menengah Imtiyaz Yayasan Terengganu di sini pada Isnin.

Sebanyak 1,500 pelajar, guru dan penggiat sekolah pondok dan tahfiz di Terengganu hadir pada majlis itu. Turut hadir. Menteri Besar. Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Dr Zulkifli Hasan.

Iklan

Pada majlis itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan peruntukan RM1.8 juta bagi kerja-kerja pembaikan infrastruktur dan fasiliti di 18 sekolah tahfiz di Terengganu bagi tahun ini.

Sementara itu, Perdana Menteri mahu sekolah tahfiz dan pondok di seluruh negara untuk menguasai teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI).

Iklan

Beliau berkata, ini penting bagi memastikan institusi pendidikan berkenaan tidak ketinggalan dalam arus perkembangan semasa.

Anwar juga menekankan kepentingan penguasaan bahasa lain selain Bahasa Arab dan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah pondok dan tahfiz. - Bernama