AS uji ubat anti malaria ke atas 3,000 pesakit Covid-19

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

WASHINGTON - Ubat anti-malaria hydroxychloroquine bakal diguna sebagai ujian ke atas 3,000 pesakit di hospital di Detroit, Michigan dan keputusannya akan disemak untuk kajian rasmi.

Agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan Naib Presiden Mike Pence semalam, Pence memberitahu dalam taklimat di Rumah Putih mereka bersedia membekalkan doktor dan farmasi di kawasan Detroit dengan hydroxychloroquine.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata, kerajaan pusat sudah menyimpan sebanyak 29 juta dos hydroxychloroquine.

ARTIKEL BERKAITAN: Harapan penawar daripada ubat malaria

Iklan

Ubat malaria bantu rawat pesakit Covid-19

Minggu lalu, Trump berkata, hydroxychloroquine diberikan kepada 1,000 pesakit di New York bersama ubat Z-Pak atau azithromycin.

Iklan

Pada Sabtu, Pengarah Institut Penyakit Berjangkit dan Alergi Kebangsaan, Dr Anthony Fauci berkata, tiada maklumat tepat yang diperoleh untuk memberikan sebarang ulasan sama ada ubat itu boleh digunakan bagi merawat Covid-19.

Amerika meningkatkan pembangunan rawatan untuk pesakit Covid-19 termasuk melakukan ujian menggunakan hydroxychloroquine serta terapi berkaitan darah, ketika jumlah kes dan kematian terus meningkat.

Jumlah kes Covid-19 di negara itu sudah melebihi 337,000 pada Isnin dengan 9,619 kematian, menurut data Johns Hopkins University. - Bernama