Penjawat awam ditemukan maut berdekatan hotel

Iklan
Lokasi kejadian di mana seorang lelaki ditemui maut berdekatan premis hotel di Sungai Petani pada Isnin.

SUNGAI PETANI - Seorang penjawat awam ditemukan maut berdekatan premis sebuah hotel di sini dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kejadian disedari orang awam yang kemudiannya memaklumkan kes berkenaan kepada pihak polis.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa dilaporkan seorang lelaki berusia 50-an ditemukan maut di lokasi kejadian.

"Panggilan pertama polis terima pada jam 9.10 pagi membabitkan lelaki berusia 50-an, dipercayai penduduk tempatan," katanya ketika dihubungi.

Iklan

Menurut Hanyan, polis kini masih menyiasat punca kejadian termasuklah menyemak rekod perubatan mangsa sekiranya mempunyai sejarah penyakit dan sebagainya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati lelaki tersebut bukan tetamu hotel namun siasatan lanjut akan dijalankan berhubung keberadaan mangsa di kawasan itu.

Iklan

Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk proses bedah siasat.