Ribut petir, hujan lebat di lima negeri

Iklan
Kawasan terjejas di Pahang melibatkan Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lima negeri sehingga jam 1 tengah hari, Ahad.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, kawasan terjejas di Pahang melibatkan Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan.

Iklan
Iklan

Turut terlibat ialah beberapa kawasan di Negeri Sembilan iaitu Port Dickson dan Rembau serta Melaka.

Amaran cuaca sama turut dikeluarkan bagi Johor melibatkan Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Iklan

Di Sarawak pula, kawasan terjejas ialah Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei termasuk Pakan, Sarikei dan Meradong serta Mukah melibatkan Tanjung Manis dan Daro.

Dalam perkembangan lain, satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 skala Richter dilaporkan berlaku di barat Sumatera Utara, Indonesia pada jam 10.40 pagi.

Iklan

MetMalaysia memaklumkan, gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan terletak kira-kira 161 kilometer barat daya Simeulue.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama