JERUSALEM - Ribuan jemaah Palestin berkumpul di Masjid Al-Aqsa untuk solat Jumaat selepas lebih lima minggu masjid itu ditutup, lapor Anadolu Ajansi.
Israel mengumumkan pada Rabu akan membuka semula Masjid Al-Aqsa dan Gereja Makam Suci di Baitulmaqdis Timur yang diduduki mulai pagi Khamis, membenarkan akses buat kali pertama dalam 40 hari berikutan sekatan yang dikenakan semasa perang Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran.