Soalan
Mengapakan cerai talak satu perlu akad nikah semula dalam sesetengah kes?
Iklan
Iklan
Jawapan
Dalam Islam, suami yang menceraikan isteri dengan talak satu atau talak dua disebut sebagai talak raj’ie yang bermaksud perceraian yang boleh dirujuk semula tanpa memerlukan akad yang baharu dengan syarat suami kembali rujuk isterinya ketika masih dalam iddah.
Jika suami merujuk kembali isterinya dalam tempoh iddah, akad baharu tidak perlu dilaksanakan.
Maka hubungan mereka berdua terputus dan mereka masing-masing menjadi bekas suami dan bekas isteri.
Sekiranya mereka berdua mahu kembali menjadi suami dan isteri, akad baharu perlu dibuat dan mahar baharu wajib diberikan kepada isteri selain wajib ada wali dan dua saksi seperti akad nikah pertama mereka.