Soalan
Apakah dibolehkan untuk membela rubah atau marble fox walaupun rupanya seperti anjing?
Iklan
Iklan
Jawapan
Rubah termasuk marble fox merupakan haiwan eksotik dan liar namun ia bukanlah anjing walaupun rupanya seakan-akan anjing.
Antara syarat yang perlu dipenuhi termasuklah tiada unsur penganiayaan iaitu ia mesti dijaga dengan baik dari sudut makan, tempat tinggal dan kesihatannya.
Haiwan ini juga tidak boleh dizalimi atau dibiarkan menderita selain tidak memudaratkan penjaganya kerana ia merupakan haiwan liar dan berisiko menjadi agresif jika tidak dijinakkan.
Selain itu, untuk memelihara haiwan ini, ia memerlukan permit khas yang dikeluarkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).