Kadar pengangguran kekal 2.9 peratus pada Februari 2026 - DOSM
Iklan
Kadar pengangguran pada Februari 2026 kekal 2.9 peratus, mencatat bilangan penganggur yang lebih rendah. Gambar hiasan
PUTRAJAYA - Kadar pengangguran pada Februari 2026 kekal 2.9 peratus, mencatat bilangan penganggur yang lebih rendah, iaitu 506,800 orang, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kedudukan ekonomi Malaysia pada Februari 2026 juga kekal berdaya tahan, disokong oleh permintaan domestik yang stabil serta pengembangan berterusan dalam sektor perkhidmatan dan aktiviti berkaitan pelaburan.
Iklan
Iklan
"Kedudukan ekonomi ini turut dicerminkan oleh pasaran buruh yang kekal stabil, di samping memperlihatkan isyarat awal berlakunya penyesuaian struktur secara beransur-ansur," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan dengan itu, katanya, tenaga buruh pada bulan berkenaan terus mencatat peningkatan, naik 0.1 peratus kepada 17.30 juta orang berbanding bulan sebelumnya (Januari 2026: 17.28 juta orang), manakala kadar penyertaan tenaga buruh Februari kekal pada 70.9 peratus, tidak berubah daripada bulan sebelumnya.
Iklan
Berhubung bilangan penduduk bekerja pada bulan berkenaan, Mohd Uzir berkata trend peningkatan merekodkan sedikit pertambahan 0.1 peratus kepada 16.79 juta orang berbanding 16.77 juta orang pada Januari 2026.
"Pada masa yang sama, bilangan penganggur menurun 0.6 peratus kepada 506,800 orang berbanding 509,600 orang pada Januari 2026. Kadar pengangguran pada Februari 2026 kekal 2.9 peratus, seperti bulan sebelumnya,” katanya.
Iklan
Beliau berkata, kategori pekerja merangkumi 75.0 peratus daripada jumlah bilangan penduduk bekerja, meningkat 0.1 peratus kepada 12.59 juta orang berbanding bulan sebelumnya.
"Di samping itu, bilangan penduduk bekerja sendiri meningkat 0.3 peratus kepada 3.13 juta orang berbanding bulan sebelumnya,” katanya.
Mohd Uzir berkata, bilangan penduduk bekerja dalam sektor perkhidmatan berada dalam trend peningkatan pada Februari 2026, dengan aktiviti perdagangan borong dan runcit kekal sebagai penyumbang utama, diikuti aktiviti penginapan dan perkhidmatan makanan dan minuman serta maklumat dan komunikasi.
Beliau berkata, guna tenaga dalam sektor pertanian, pembuatan dan pembinaan turut merekodkan pertambahan, manakala sektor perlombongan dan pengkuarian mencatat penurunan.- Bernama 
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution"><meta itemprop="description" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution
Beberapa sekatan atau syarat- syarat yang dinyatakan Lembaga Pengampunan untuk dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, syarat-syarat itu ada empat petak iaitu sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan penggunaan telefon dan alat telekomunikasi serta kena hadir program pemulihan dan intervensi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804240/berita/nasional/empat-sekatan-dikenakan-terhadap-najib-sepanjang-tahanan-rumah---saifuddin-nasution
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Tahananrumah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:42:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P208S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvpam"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvpam"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvpam"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar"><meta itemprop="description" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan didorong pertimbangan politik, sebaliknya bagi memastikan sistem percukaian negara tidak membebankan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan semula GST ketika pendapatan rakyat masih rendah bukan pilihan yang wajar kerana cukai itu bersifat menyeluruh dan berpotensi meningkatkan tekanan kos sara hidup.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804236/berita/nasional/penolakan-gst-bukan-soal-politik-kerajaan-mahu-utamakan-kebajikan-rakyat---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #GST"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:05:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P187S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvhmu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvhmu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvhmu"></script>