KPDN Kelantan patahkan cubaan seludup hampir 3 tan minyak masak peket bersubsidi
Iklan
KPDN Kelantan berjaya mematahkan cubaan menyeludup hampir tiga tan minyak masak peket bersubsidi ke negara jiran dalam operasi bersepadu di Jalan Pintas (Bypass), Pasir Puteh hari ini - Foto: KPDN
KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan berjaya mematahkan cubaan menyeludup hampir tiga tan minyak masak peket bersubsidi ke negara jiran dalam operasi bersepadu di Jalan Pintas (Bypass), Pasir Puteh, hari ini.
KPDN Kelantan dalam kenyataan hari ini memaklumkan operasi itu dilakukan bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh dan Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor yang membawa kepada penahanan tiga lelaki tempatan serta merampas dua kenderaan.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan itu, semasa operasi, KPDN mengesan dua kenderaan jenis Proton Exora dan Naza Citra dalam keadaan mencurigakan yang dipercayai membawa muatan minyak bersubsidi untuk diseludup ke luar negara.
"Hasil pemeriksaan terdapat 2,805 kilogram minyak masak peket bersubsidi dengan nilai keseluruhan rampasan dianggar RM32,012.50 termasuk kenderaan,” menurut kenyataan itu.
Iklan
KPDN memaklumkan minyak masak berkenaan dipercayai disimpan sementara di rumah transit sebelum dibawa ke sempadan untuk diseludup.
"Taktik licik sindiket yang menyembunyikan kotak minyak masak menggunakan kain hitam bagi mengaburi pihak berkuasa bagaimanapun berjaya dihidu dalam operasi yang dijalankan kira-kira 7.45 pagi,” menurut kenyataan itu.
Iklan
Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi menjejaki rangkaian sindiket serta mengenal pasti dalang utama. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>