Harapan Daily tarik balik artikel berkaitan BestiNet, kandungan tak dapat dipastikan kesahihan

Iklan
Portal berita Harapan Daily menarik balik artikel berkaitan BestiNet serta memohon maaf selepas mendapati kandungannya tidak dapat dipastikan kesahihannya.

KUALA LUMPUR - Portal berita Harapan Daily menarik balik artikel berkaitan BestiNet serta memohon maaf selepas mendapati kandungannya tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Artikel berkenaan yang ditulis oleh Syam Ghaz bertajuk ‘Isu BestiNet dah berlarutan sejak 2018, bukan ciptaan Kerajaan MADANI’ diterbitkan dengan bersumberkan sepenuhnya daripada hantaran Facebook penulis itu bertarikh 1 Februari lalu.

Iklan
Iklan

Dalam kenyataan pada Khamis, Harapan Daily menjelaskan, pihaknya tidak bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dibuat oleh Syam Ghaz dalam artikel tersebut dan menegaskan pandangan berkenaan bukan pendirian rasmi portal itu.

“Harapan Daily, setelah mengetahui kewujudan artikel tersebut, telah menyelidik kandungan artikel berkenaan dengan membandingkannya dengan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Iklan

“BestiNet Sdn Bhd ialah sebuah syarikat yang kredibel dan telah melaksanakan sistem FWCMS serta modul-modulnya termasuk Bio-Medical dan eVisa with Reference menurut perjanjian yang sah dan mengikat.

“Sistem FWCMS juga merupakan satu sistem yang menyelaraskan dan mengesahkan dokumentasi pekerja migran yang sebelum ini berasaskan kertas, sekali gus mengurangkan risiko pemalsuan dokumen,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Portal itu turut menjelaskan bahawa selepas semakan dibuat terhadap laporan PAC, beberapa dakwaan yang terkandung dalam artikel tersebut didapati tidak tepat.

Menurut kenyataan itu lagi, dakwaan bahawa Kerajaan Perpaduan mewarisi masalah BestiNet dan memuktamadkan kontrak pada September 2024 sebagai usaha ‘damage control’ adalah tidak benar.

“Oleh yang demikian, kenyataan ‘Kerajaan Perpaduan mewarisi masalah ini dan pada September 2024, mereka memuktamadkan kontrak untuk menutup lompong undang-undang dan melindungi kepentingan negara. Ini bukan skandal baharu, tetapi usaha ‘damage control’ terhadap kecuaian lama’ adalah tidak benar,” jelasnya.