Tiada lesen iklan PBT, pemilik kedai diheret ke mahkamah

Iklan
Sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan kedai barangan runcit dan peralatan harian, dihadapkan ke Mahkamah Telok Datok, pada Rabu, kerana mempamerkan iklan tanpa lesen daripada MPKL.

KUALA LANGAT – Sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan kedai barangan runcit dan peralatan harian, dihadapkan ke Mahkamah Telok Datok di sini pada Rabu, kerana mempamerkan iklan tanpa lesen daripada Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

Berdasarkan pertuduhan dan fakta kes, pemilik kedai selaku orang kena saman (OKS) didapati mempamerkan iklan tanpa lesen di sebuah kedai di Jalan Mulia, Taman Mulia, Banting, di sini.

Iklan
Iklan

Dia didakwa mengikut kesalahan Undang-Undang Kecil (UUK) 7, UUK Iklan Majlis Daerah Kuala Langat 2007.

Bagaimanapun, OKS memohon untuk menarikbalik saman yang dikenakan terhadapnya, dengan alasan telah menjelaskan kompaun RM1,000 dan tunggakan kompaun RM6,500 di MPKL.

Iklan

Majistret, Maslinda Selamat kemudiannya membenarkan permohonan OKS dan saman dibatalkan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa MPKL, Hasrizal Abd Rahim dan Ahmad Razali Abd Manaf.

Iklan