'UMNO tak tutup pintu rundingan, terbuka dengan semua pihak' - Asyraf Wajdi
Iklan
Asyraf Wajdi
KLANG – UMNO tidak pernah menutup ruang rundingan dengan mana-mana pihak termasuk dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Setiausaha Agungnya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu sentiasa bersikap terbuka untuk berbincang demi kestabilan politik dan kepentingan bersama.
Iklan
Iklan
"UMNO memang sentiasa terbuka untuk berunding dengan semua pihak, tidak ada masalah," katanya mengulas kenyataan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor yang menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan dengan UMNO.
Terdahulu, Asyraf Wajdi hadir merasmikan penutup Persidangan Pendidikan Antarabangsa Mara di sini pada Rabu.
Iklan
Sebelum ini, Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dilaporkan berkata, pihaknya mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama sebagai persediaan menghadapi PRN.
Menurutnya, rundingan itu bagaimanapun perlu dilaksanakan secara tertib dan berhemah, selaras dengan semangat Kerajaan Madani bagi memastikan kestabilan politik serta mencapai kemenangan bersama.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>