Ribut petir, hujan lebat dijangka landa tujuh negeri - MetMalaysia
Iklan
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri hingga jam 5 petang pada Selasa.
KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan hingga jam 5 petang pada Selasa, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka berlaku di Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang), Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman),
Iklan
Iklan
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Tangkak, Muar, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Di Sarawak, kawasan terlibat termasuk Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Limbang, manakala di Sabah membabitkan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat. - Bernama
Iklan
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>