Seorang pekerja lelaki ditemukan meninggal dunia dalam stor berkunci

Iklan
Seorang kakitangan UPSI ditemukan meninggal dalam sebuah bilik stor peralatan pembersihan yang berkunci di kawasan UPSI Sport Bowl pada awal pagi Selasa.

TANJUNG MALIM – [DIKEMAS KINI] Seorang pekerja lelaki ditemukan meninggal dunia dalam sebuah bilik stor peralatan pembersihan yang berkunci di kawasan  Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Sport Bowl di sini pada awal pagi Selasa.

Kejadian melibatkan mangsa Mohd Radzi Ariffin, 53, itu dilaporkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim pada jam 1.57 pagi.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, siasatan awal mendapati, mangsa terperangkap di dalam bilik stor yang berkunci.

"Pintu stor berkenaan telah dibuka oleh Polis Bantuan UPSI sebelum ketibaan pihak bomba dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Beliau berkata, anggota kemudian melaksanakan ‘size-up’ di lokasi sebelum mengaplikasikan konsep SAVER bagi kerja-kerja pemantauan.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Iklan

Operasi melibatkan sembilan anggota bersama satu jentera FRT dan satu unit EMRS itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.36 pagi.