Kes wanita dicederakan, diugut akan dirujuk ke DPP dalam masa terdekat - Polis
Iklan
Azizee (tengah) berkata pihak polis telah menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat bagi membantu siasatan lanjut.
GEORGE TOWN – Kes seorang wanita tempatan yang mendakwa dicederakan, diugut serta mengalami kerosakan kenderaan di Balik Pulau akan dirujuk ke Pejabat Pendakwa Raya dalam masa terdekat.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 323, Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pihak polis telah menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat bagi membantu siasatan lanjut.
“Kes ini akan dirujuk ke Pejabat Pendakwa Raya dalam masa terdekat bagi mendapatkan arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Iklan
Beliau berkata, pada 4 Mac lalu, kira-kira jam 1 petang, seorang wanita tempatan berusia 40 tahun hadir ke Balai Polis Balik Pulau untuk membuat laporan selepas mengalami kecederaan selain menerima ugutan.
Menurutnya, kejadian yang berlaku di Jalan Tun Sardon, Balik Pulau itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham melibatkan dua lelaki tempatan.
Iklan
“Mangsa turut mendapati kenderaannya telah dirosakkan dalam kejadian tersebut dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Balik Pulau,” katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Penasihat Guaman DAP, RSN Rayer menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kes seorang wanita yang diserang di tempat awam walaupun laporan polis serta bukti kecederaan telah dikemukakan.
Rayer berkata, mangsa, Fam Yean Nie, 40, telah membuat laporan polis selain menjalani pemeriksaan perubatan yang mengesahkan kecederaan 'soft tissue injury' pada tangan kanan namun tiada sebarang patah tulang.
Menurutnya, laporan perubatan menunjukkan mangsa mengalami kecederaan tisu lembut pada tangan kanan selain terdapat kesan lebam yang jelas pada bahagian tersebut.
Rayer juga menuntut penjelasan daripada pihak berkuasa berikutan kes tersebut dirujuk kepada majistret tanpa sebarang tindakan lanjut.
Rayer mendakwa, beliau telah mendapat maklum balas daripada pihak polis berhubung surat penjelasan mengenai status siasatan kes bertarikh 18 Mac dan diberitahu bahawa kes diklasifikasikan sebagai 'Refer To Magistrate' (RTM).
Bagaimanapun katanya, sehingga kini tiada pendakwaan dibuat di mahkamah.
Beliau juga memaklumkan akan mengemukakan surat kepada Ketua Unit Pendakwaan serta Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung keputusan tersebut.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.