ISTANBUL - Pendakwa raya Teheran berkata pada Ahad, pihak berkuasa Iran mengarahkan penyitaan aset dan pembekuan akaun bank milik lebih 100 orang yang dituduh menyokong apa yang disifatkannya sebagai"musuh", lapor Anadolu Ajansi (AA).
Menurut kenyataan oleh media separuh rasmi Agensi Berita Fars, langkah itu menyasarkan warga Iran terkenal yang tinggal di luar negara termasuk pelakon, atlet, pengurus dan wartawan yang dikaitkan dengan media pembangkang.