Konflik Asia Barat: Pelajar SPM masih berpeluang sambung pengajian - Marhamah
Iklan
Marhamah
SEREMBAN – Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berhasrat menyambung pengajian di negara-negara Asia Barat masih mempunyai peluang meskipun konflik berterusan di rantau berkenaan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, pihaknya memahami kebimbangan sebahagian daripada mereka susulan krisis yang sedang berlaku.
Iklan
Iklan
“Kita pun tidak tahu sampai bila krisis ini berpanjangan, namun tetap berdoa agar ia segera tamat.
“Untuk adik-adik yang baru selesai SPM, jangan berputus asa. Jangan rasa tiada harapan atau menghapuskan impian untuk menyambung pengajian di Timur Tengah... belum lagi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Tautan Rahmah Madanni Bersama Masyarakat Orang Asli 2026 di Kampung Belihoi di sini pada Sabtu.
Iklan
Menurutnya, Wisma Putra serta kementerian berkaitan akan sentiasa memantau perkembangan semasa di rantau tersebut.
Sementara itu, berkenaan program terbabit, beliau berkata, penganjurannya bertujuan memberi keceriaan kepada masyarakat Orang Asli sempena Aidilfitri.
Iklan
“Difahamkan di kampung ini terdapat lebih 200 penduduk dan hanya terdapat 11 keluarga Islam.
“Namun, Kerajaan Madani melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menunjukkan keseriusan dalam meneruskan bantuan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa untuk sama-sama merasai inisiatif kerajaan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar"><meta itemprop="description" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan didorong pertimbangan politik, sebaliknya bagi memastikan sistem percukaian negara tidak membebankan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan semula GST ketika pendapatan rakyat masih rendah bukan pilihan yang wajar kerana cukai itu bersifat menyeluruh dan berpotensi meningkatkan tekanan kos sara hidup.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804236/berita/nasional/penolakan-gst-bukan-soal-politik-kerajaan-mahu-utamakan-kebajikan-rakyat---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #GST"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:05:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P187S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvhmu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvhmu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvhmu"></script>