TAWARAN pengambilalihan bersyarat IJM Corporation Berhad oleh Sunway Berhad bukan bertujuan mengetepikan kepentingan bumiputera atau Melayu.
Pengasas dan Pengerusi Sunway Berhad, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah sebaliknya berkata, ia sebagai langkah strategik untuk memperkukuh kedudukan kedua-dua pihak dalam landskap perniagaan yang semakin mencabar.