Remaja lemas ketika mandi di Air Terjun Gunung Ledang

Iklan
Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun meninggal dunia selepas lemas ketika mandi-manda di Air Terjun Gunung Ledang, Tangkak, petang Rabu.

TANGKAK – Seorang remaja lelaki lemas ketika bermandi-manda bersama dua lagi rakannya di Air Terjun Gunung Ledang di sini pada petang Rabu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Fazlan Maraman berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 5.27 petang.

Iklan
Iklan

“Setibanya pasukan di lokasi, didapati mangsa, Muhammad Zaffran Abu Samah, 15, telah terjatuh dan lemas.

Mangsa ditemui orang awam yang menyedari kejadian sebelum anggota bomba tiba dan disahkan meninggal dunia. Foto: JBPM Johor

Iklan

“Mangsa ditemui orang awam yang menyedari kejadian sebelum anggota bomba tiba dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.

Ujarnya, pasukan operasi bertindak memantau lokasi sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Iklan

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.28 petang,” katanya.