Amaran tegas IRGC kepada gergasi teknologi AS

Iklan
IRGC memberi amaran tegas ia akan menyasarkan firma gergasi teknologi AS jika lebih ramai pemimpin Iran dibunuh musuh.

TEHERAN - Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) memberi amaran tegas ia akan menyasarkan firma gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) jika lebih ramai pemimpin Iran dibunuh musuh.

"Syarikat seperti Apple, Google dan Meta akan menyaksikan kemusnahan unit berkaitan mereka sebagai pertukaran untuk setiap pembunuhan di Teheran pada Rabu," ujarnya dalam satu kenyataan yang turut menyenaraikan 18 firma yang didakwa bersekongkol dengan kempen didalangi Washington bersama Israel.

Iklan
Iklan

IRGC enggan memberi muka kepada AS selepas Presiden Donald Trump kembali mengancam Iran walaupun pada mulanya beliau mahu menggunakan pendekatan 'lebih lembut' untuk menamatkan konflik tersebut.

"Washington bersama gergasi teknologi mereka terus mengabaikan amaran kami. Syarikat berkenaan merupakan elemen utama yang memberi akses kepada musuh untuk menjejaki para pemimpin kami yang gugur syahid sejak lebih sebulan lalu," tegasnya.

Iklan

Difahamkan, antara firma yang berdepan amaran keras itu ialah syarikat kenderaan elektrik, Tesla milik bilionair Elon Musk dan gergasi pengeluar cip, Nvidia.

"Syarikat yang terlibat secara aktif dalam rancangan keganasan akan berdepan tindakan balas setimpal bagi setiap pembunuhan bersasar," ujar kenyataan itu lagi.

Iklan

Sejak perang ganas itu bermula pada 28 Februari lalu, AS bersama Israel terus menyasarkan barisan kepimpinan tertinggi Iran hingga mencetuskan gelombang serangan balas agresif Teheran. - AFP