Penumpang rakam detik cemas enjin pesawat terbakar sejurus berlepas

Iklan
Rakaman penumpang memaparkan turbin kiri pesawat menyala terang berwarna jingga selepas terbakar. Sumber gambar The Sun US

BRAZIL – Sebuah rakaman video tular memaparkan detik cemas dialami penumpang apabila pesawat milik Delta Air Lines terbakar hanya beberapa saat selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Guarulhos, Sao Paulo.

Pesawat jenis Airbus A330-323 itu dalam penerbangan menuju ke Atlanta, Amerika Syarikat (AS) apabila satu letupan dilaporkan berlaku sejurus berlepas, kira-kira sebelum tengah malam pada Ahad.

Iklan
Iklan

Rakaman tersebut menunjukkan turbin kiri pesawat menyala terang berwarna jingga selepas terbakar.

Ketika pesawat terus terbang lebih tinggi, enjin berkenaan dilihat bergegar dan disusuli beberapa letupan, sekali gus mencetuskan panik dalam kalangan penumpang yang menjerit ketakutan.

Iklan

Juruterbang dilaporkan mengisytiharkan panggilan kecemasan “Mayday” sebelum memusingkan pesawat dan melakukan pendaratan kecemasan selepas pesawat mencapai ketinggian sekitar 4,500 kaki.

Hampir 300 penumpang dilaporkan berada di dalam pesawat ketika kejadian mencemaskan itu berlaku.

Iklan