Video individu didakwa Pengarah FBI Kash Patel menari Bollywood tular

Iklan
Video memaparkan seorang individu menari yang didakwa sebagai Patel tular di media sosial. Foto: Agensi

WASHINGTON, AS – Sebuah video memaparkan seorang individu menari mengikut irama lagu Bollywood yang didakwa sebagai Pengarah FBI, Kash Patel menjadi tular dan mencetuskan spekulasi hangat di media sosial.

Namun, siasatan mendapati video tersebut bukan menunjukkan Patel dan telah tersebar secara dalam talian sejak 2022.

Iklan
Iklan

Klip itu muncul pada masa yang sama dengan laporan bahawa akaun e-mel peribadi Patel digodam oleh kumpulan yang menamakan diri mereka ‘Handala Hack’, dipercayai mempunyai kaitan dengan Iran.

Kumpulan berkenaan mendakwa telah mengakses lebih 300 e-mel, gambar peribadi dan dokumen yang merangkumi tempoh 2010 hingga 2019.

Iklan

FBI mengesahkan bahawa e-mel Patel menjadi sasaran godaman, tetapi menegaskan bahawa data yang terjejas bersifat sejarah dan tiada maklumat kerajaan terlibat.

Jurucakap FBI, Ben Williamson berkata, pihaknya telah mengambil langkah mitigasi bagi mengurangkan risiko daripada aktiviti tersebut.

Iklan

Selain video, kumpulan penggodam turut menyiarkan gambar peribadi Patel dalam suasana santai, termasuk menghisap cerut, duduk di dalam kereta klasik dan bergambar dengan botol arak.

Analisis pakar media menegaskan bahawa individu dalam video menari itu adalah orang lain, dipercayai meraikan kepulangan isterinya ke rumah ibu bapanya dan tiada kaitan dengan Patel atau godaman semasa.

Bagi usaha menjejaki penggodam, Program Rewards for Justice Jabatan Negara AS menawarkan AS$10 juta (RM40 juta) bagi maklumat yang membawa kepada pengecaman ahli kumpulan ‘Handala Hack’.

Insiden ini menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan data peribadi pegawai tinggi dan menunjukkan peningkatan aktiviti penggodaman siber yang mensasarkan individu berprofil tinggi di peringkat global. - Agensi