Pemandu lori meninggal dunia selepas tunggu lebih 10 jam isi minyak

Iklan
Seorang lelaki meninggal dunia ketika menunggu untuk mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Thailand. Foto Facebook

BANGKOK – Seorang pemandu lori ditemukan meninggal dunia di dalam kenderaannya selepas dipercayai menunggu lebih 10 jam untuk mengisi minyak di sebuah stesen petrol di Prachuap Khiri Khan pada Rabu.

Portal mustsharenews melaporkan mangsa, Phut Nutchabut, 51, ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah lori kira-kira jam 9 pagi oleh pekerja stesen selepas dimaklumkan oleh pemilik kenderaan yang gagal menghubunginya.

Iklan
Iklan

Menurut polis, lori berkenaan memasuki stesen minyak sekitar jam 10.53 malam dan dibiarkan dalam keadaan enjin hidup sepanjang malam.

Pemeriksaan awal mendapati enjin masih berjalan ketika mangsa ditemui, selain pendingin hawa dihidupkan dan semua tingkap ditutup rapat.

Iklan

Siasatan awal percaya mangsa mungkin tertidur ketika menunggu giliran sebelum terhidu gas karbon monoksida.

Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan mangsa maut akibat keracunan karbon monoksida susulan kebocoran asap ekzos ke dalam kabin.

Iklan

Bagaimanapun, faktor kesihatan lain juga masih dalam siasatan.

Mayat mangsa dihantar untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian, sementara siasatan lanjut sedang dijalankan.