KUWAIT - Beberapa serangan dron menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait pada Sabtu, menyebabkan kerosakan pada sistem radarnya namun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan, lapor Agensi Berita Qatar (QNA) yang memetik pihak berkuasa.
Abdullah Al Rajhi, jurucakap Direktorat Jeneral Penerbangan Awam berkata, serangan itu menyebabkan kerosakan ketara kepada infrastruktur radar lapangan terbang berkenaan.