JERUSALEM - Angkatan Pertahanan Israel (IDF) kini berdepan krisis tenaga manusia yang semakin meruncing hingga membawa risiko “runtuh dari dalam”, demikian amaran keras dikeluarkan Ketua Staf, Eyal Zamir dalam mesyuarat Kabinet Keselamatan pada Rabu.
Menurut laporan media Israel, Zamir memberi gambaran keadaan itu semakin kritikal apabila beban operasi tentera meningkat di pelbagai medan, namun, jumlah anggota tetap dan simpanan tidak lagi mampu menampung keperluan.