PUTRAJAYA - Selepas lebih dua bulan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Rabu.
Beliau yang sebelum ini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 6 Januari lalu dilihat meneliti beberapa dokumen di meja pejabatnya menerusi rakaman video dimuat naik di laman Facebook rasmi negarawan itu.