Possum ‘menyamar’ jadi patung lembut, cetus kejutan di lapangan terbang

Iklan
Seekor possum sebenar ditemui bersembunyi di celah patung haiwan lembut di sebuah kedai cenderamata. Gambar hiasan

HOBART – Seorang penumpang di Lapangan Terbang Hobart, Australia berdepan detik luar biasa apabila menemui seekor possum sebenar bersembunyi di celah patung haiwan lembut di sebuah kedai cenderamata.

Haiwan jenis brushtail possum itu dilihat menjenguk dari rak pameran bersama patung kanggaru dan haiwan lain, sebelum disedari oleh pengunjung yang sedang melihat barangan di kedai tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut laporan AP News, penemuan itu segera dimaklumkan kepada kakitangan kedai yang pada awalnya sukar mempercayai perkara berkenaan.

Pengurus runcit, Liam Bloomfield berkata, kakitangan kemudiannya menghubungi pihak pengurusan lapangan terbang selepas menerima laporan daripada pelanggan.

Iklan

“Kami diberitahu ada possum dalam kedai. Pada mulanya sukar untuk dipercayai,” katanya.

Pihak lapangan terbang memaklumkan haiwan tersebut berada dalam keadaan tenang sebelum berjaya dikeluarkan dengan selamat dari terminal tanpa sebarang insiden.

Iklan

Kehadiran ‘tetamu tidak diundang’ itu mencuri perhatian orang ramai, malah kakitangan kedai dilaporkan berhasrat mengabadikan kejadian tersebut sebagai kenangan.

Malah, mereka bercadang menamakan possum berkenaan serta mempamerkan gambar di kedai sebagai simbol kejadian unik itu.

Brushtail possum merupakan antara spesies haiwan yang lazim ditemui di Australia dan terkenal sebagai haiwan nokturnal, namun mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran manusia.

Ia sejenis haiwan mamalia kecil yang tergolong dalam kumpulan marsupial (haiwan berkantung), sama seperti kanggaru dan koala.