Dua lelaki maut dalam kemalangan di Kuala Kurau

Iklan
Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Seri Makmur, Batu 7 di Kuala Kurau, awal pagi tadi.

IPOH -  [DIKEMAS KINI] Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Seri Makmur, Batu 7 di Kuala Kurau, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.24 pagi sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau bergegas ke lokasi berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Bezza dan motosikal Yamaha Ego Gear. Setibanya di lokasi, penumpang kenderaan berusia 26 tahun berada di bawah kereta berkenaan.

"Penunggang motosikal berusia 21 tahun tercampak dan kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu kenderaan berumur lingkungan 20-an yang mengalami kecederaan dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Parit Buntar," katanya dalam kenyataan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kedua-dua mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira jam 2.50 pagi.- Bernama