Ibu, anak lelaki dijumpai maut lebih 48 jam dalam rumah

Iklan
Polis menemui mayat ibu dan anak di sebuah rumah di Bedong, Sungai Petani yang meninggal lebih 48 jam.

SUNGAI PETANI - Polis menemui mayat ibu dan anak yang disyaki telah meninggal dunia dalam tempoh lebih 48 jam dalam sebuah rumah di Bedong, dekat sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, aduan diterima sekitar 6.05 petang dari orang awam berhubung kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis terpaksa pecah masuk rumah terbabit kerana dikesan berkunci dari dalam.

"Mayat dua beranak itu, iaitu anak lelaki berusia 40-an dan ibunya berusia 70-an.

Iklan

"Salah satu ditemukan di bahagian ruang tamu dan seorang lagi di dapur rumah," katanya.

Menurut Hanyan, pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan akibat senjata tajam.

Iklan

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat.