Pelajar SPM 'lalok' dalam kelas?

Iklan
Tangkap layar video tular yang memaparkan seorang pelajar lelaki didakwa dalam keadaan khayal.

NILAI - Tular video memaparkan seorang pelajar lelaki yang didakwa dalam keadaan khayal ketika berada di dalam kelas di sebuah sekolah di daerah ini.

Menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna di platform Threads, pelajar berkenaan dilihat berdiri dalam keadaan membongkok dengan kepala tertunduk berhampiran sebuah meja.

Iklan
Iklan

Keadaan posisinya yang tidak stabil turut menarik perhatian beberapa pelajar lain yang berada di dalam kelas.

Hantaran tersebut disertakan keterangan, 'teruk budak SPM sekarang, dalam kelas pun nak piu-piu' yang dipercayai merujuk kepada tingkah laku pelajar terbabit.

Iklan

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya terkejut dengan kejadian tersebut yang tidak sepatutnya berlaku dalam kawasan sekolah.

Malah, ada juga yang mempersoalkan tindakan individu terbabit berkongsi video itu kerana ia memaparkan wajah pelajar yang dipercayai masih di bawah umur.

Iklan

Bagaimanapun, identiti pelajar dan kesahihan lokasi rakaman itu masih belum dapat dipastikan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Khalidah Omar memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu.