Cuaca panas: 15 kes direkod, satu kematian babitkan kanak-kanak
Iklan
Orang ramai diingatkan supaya lebih berwaspada berikutan cuaca panas melampau yang sedang melanda negara ketika ini. Gambar kecil: Dr Dzulkefly
SHAH ALAM – Orang ramai diingatkan supaya lebih berwaspada berikutan cuaca panas melampau yang sedang melanda negara ketika ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sehingga tahun 2026, sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan, termasuk satu kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak.
Iklan
Iklan
"Sila awasi tanda-tanda awal strok haba seperti pening berpanjangan, rasa dahaga luar biasa dan suhu badan yang semakin meningkat.
"Sekiranya ada tanda-tanda ini, amalkan langkah pencegahan dengan mencari tempat yang teduh, banyakkan minum air kosong dan sejukkan badan dengan segera," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Iklan
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak meninggalkan anak-anak atau sesiapa sahaja di dalam kenderaan tanpa pengawasan walaupun untuk seminit.
"Rujuk infografik yang dikongsikan Kementerian Kesihatan sebagai panduan langkah pencegahan.
Iklan
"Pencegahan awal adalah kunci. Kekal sihat dan pastikan tubuh sentiasa terhidrat," ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tak manis datang sendiri' - Hasan cadang semua bekas PM dijemput hadiri Sambutan Hari Kebangsaan"><meta itemprop="description" content="Seorang ahli Parlimen kerajaan mencadangkan supaya Kementerian Komunikasi membuat jemputan rasmi kepada semua bekas Perdana Menteri untuk menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun akan datang.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Abdul Karim berkata, tradisi sama turut dibuat di negara maju lain termasuk Amerika Syarikat (AS) sebagai tanda mengenang jasa bekas pemimpin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805836/berita/nasional/tak-manis-datang-sendiri---hasan-cadang-semua-bekas-pm-dijemput-hadiri-sambutan-hari-kebangsaan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #bekaspmdijemputhadirisambutanharikebangsaan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-23T10:36:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P191S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbz3e6m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbz3e6m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbz3e6m"></script>