KOLKATA - Seorang lelaki tergamak membunuh isterinya yang sedang hamil enam bulan.
Jasad mangsa dikenali sebagai Puja Mondal, 24, ditemui di rumahnya di kawasan Lenin Nagar di Garulia, Bengal Barat di India dalam keadaan dibalut plastik dan disembunyikan di bawah katil pada minggu lalu.
Pihak berkuasa telah menahan tiga individu termasuk suaminya, Rishi Harichand dan ibu mentuanya.
Menurut aduan difailkan keluarga Puja, wanita itu dibunuh selepas enggan memberikan wang yang diminta pelaku.
Siasatan awal mendapati Harichand dipercayai menjerut leher isterinya dan cuba menyorokkan perbuatan jenayah tersebut.
Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga selama kira-kira dua tahun dan mangsa sering dijadikan seperti 'bank' oleh suami dan iparnya.
"Perkahwinan mereka tidak direstui. Tiada ahli keluarga kami yang menerima suaminya sehinggalah kami menerima berita tentang kehamilan Puja. Lelaki itu tidak bekerja dan sering meminta wang daripadanya," kata bapa saudaranya, Goutam Biswas.
Difahamkan, siasatan lanjut terhadap kes pembunuhan itu sedang dijalankan. - Agensi