Hujan lebat, ribut petir landa tiga negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Perak, Selangor serta Kuala Lumpur. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Perak, Selangor serta Kuala Lumpur hingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan dijangka terjejas di Perak ialah Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Iklan
Iklan

Di Selangor, amaran itu melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat. - Bernama