KUALA LUMPUR - Daerah Padang Terap di Kedah kini berada pada Tahap 2 (gelombang haba) setakat 4 petang hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan sebanyak 10 kawasan lain di Semenanjung berada pada tahap 1 (berjaga-jaga), melibatkan seluruh negeri Perlis; selain Kubang Pasu, Pokok Sena, Sik, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Pendang, Baling dan Bandar Baharu di Kedah; serta daerah Timur Laut di Pulau Pinang.